Hilang di Nilai, jumpa di tepi hutan di Perak
Nurhidayah, 17, yang hilang ketika pergi ke sekolah di Nilai Khamis lalu, telah ditemui selamat di tepi hutan di Perak. Dia menghubungi ibunya semalam, memaklumkan lokasinya selepas ditinggalkan di hutan dan kemudiannya ditemui seorang wanita yang membawanya pulang. Pak ciknya, Mohd. Shazali Muhamad, memaklumkan polis, dan Nurhidayah dibawa ke Balai Polis Jelapang, Ipoh. Dia kelihatan lemah dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk pemeriksaan lanjut.