YSB kutip RM270,000 anjur golf amal
Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berjaya mengumpul RM270,000 melalui penganjuran kejohanan golf amal di Kelab Golf Glenmarie. Dana ini akan digunakan untuk menyokong pelbagai program kebajikan dan bantuan kemanusiaan, termasuk pembangunan sosial, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Lebih 80 pemain daripada pelbagai agensi korporat, penderma, jabatan kerajaan dan rakan strategik telah menyertai kejohanan ini. Inisiatif yang bakal mendapat manfaat termasuk bantuan bencana, klinik kesihatan bergerak, bantuan makanan, sokongan pendidikan dan program komuniti, terutamanya untuk golongan B40, migran, warga emas, Orang Asli dan golongan rentan.