Dulu kusam, kini ‘oppa’ idaman wanita
Seorang lelaki Jepun berusia 33 tahun, Aki, menjadi sensasi internet selepas mengubah penampilannya secara drastik melalui gaya hidup sihat dan prosedur kecantikan. Dikongsikan dalam rancangan TV Abema, Aki menjelaskan transformasinya didorong oleh hinaan bos dan perpisahan dengan teman wanita. Rutin hariannya termasuk penggunaan krim pelindung matahari, senaman, pemeriksaan kesihatan, rawatan kulit, berhenti merokok dan tidur awal. Dia juga menjalani beberapa prosedur kecantikan. Aki mendakwa kulitnya kelihatan 10 tahun lebih muda dan dia menerima layanan yang lebih baik, memberi manfaat kepada kerjaya dan kehidupan percintaannya.