Beberapa jalan di Petaling Jaya bakal ditutup berkala pada 16-17 Ogos ini sempena PJ Half Marathon 2025
Beberapa jalan di Petaling Jaya akan ditutup pada hujung minggu ini (16-17 Ogos) bagi acara Larian Separuh Maraton PJ 2025. Jalan Yong Shook Lin akan ditutup dari petang Sabtu hingga tengah hari Ahad. Pada hari Ahad, 33 jalan akan ditutup secara berkala dari 3.30 pagi hingga 9.00 pagi, termasuk jalan utama seperti Jalan Sultan, Jalan Barat, dan Jalan Timur. Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif, menangguhkan perjalanan, atau mematuhi arahan polis trafik. Maraton ini merangkumi kategori 30km, 21km, 10km, dan 5km, dengan pengambilan kit perlumbaan tersedia pada hari Jumaat dan Sabtu.