Cuti hujung minggu dan Wesak, ramai pilih balik kampung, bercuti
Kesesakan lalu lintas dilaporkan di beberapa lebuh raya utama di Malaysia sempena cuti panjang Hari Wesak. Setakat tengah hari Ahad, trafik arah utara di Lebuh Raya Utara-Selatan perlahan terutamanya di Rawang, Tapah, Gua Tempurung, dan Terowong Menora. Arah selatan pula sesak di Plaza Tol Sungai Besi, dengan peningkatan kenderaan di Negeri Sembilan dan Johor. Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak juga mengalami peningkatan trafik, terutamanya di Plaza Tol Gombak, walaupun aliran trafik lancar selepas beberapa kilometer.