Penduduk Putra Heights dakwa tuntutan insurans berat sebelah
Penduduk Taman Topaz, Putra Heights mempersoalkan ketelusan pengurusan tuntutan insurans susulan letupan paip gas. Mereka mendakwa terdapat klausa berat sebelah dalam polisi insurans yang lebih menguntungkan syarikat berbanding mangsa. Presiden persatuan penduduk, Wong Lhu Yin, menyatakan syarat-syarat tertentu memberi kelebihan kepada syarikat insurans, menyukarkan mangsa mendapat pampasan yang adil.