Bomba selamatkan pendaki dehidrasi, keletihan di Teluk Bahang
Anggota bomba berjaya menyelamatkan dua pendaki di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang, selepas salah seorang mengalami dehidrasi dan keletihan. Penolong Pengarah Operasi JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, menyatakan kejadian berlaku lewat petang semalam. Pasukan bomba berjaya membawa kedua-dua pendaki turun.