KKR sudah selesaikan lebih 95% aduan kerosakan jalan yang didapati melalui aplikasi MyJalan – Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyelesaikan lebih 95% aduan kerosakan jalan raya yang diterima melalui aplikasi MyJalan. Daripada 12,459 aduan, sebanyak 11,860 telah diselesaikan, manakala 599 lagi masih dalam siasatan. Sejak dilancarkan pada Ogos 2023, MyJalan telah menerima 40,938 aduan daripada 54,330 pengguna. Hampir 70% aduan disalurkan kepada agensi lain kerana melibatkan jalan di luar bidang kuasa KKR, seperti jalan perbandaran, kampung, dan negeri. Aduan jalan berlubang perlu diselesaikan dalam 24 jam, manakala kerosakan lain dalam 15 hari.