Polis beri 50% diskaun saman trafik terpilih pada 23-25 Mei dalam Program Madani Rakyat 2025 Johor di JB
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50% bagi saman trafik terpilih di Johor bermula 23 hingga 25 Mei 2025 sempena Program Madani Rakyat 2025 Johor. Diskaun boleh didapati di kaunter di Toppen Shopping Centre, JB, dari 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa kesalahan tidak termasuk dalam tawaran diskaun ini seperti saman lampu isyarat merah, lorong kecemasan, memotong berbahaya, kemalangan, saman tidak boleh kompaun, kes mahkamah, kenderaan berat, ubah suai ekzos dan saman Op Selamat tahun semasa. Semak kelayakan melalui https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi MyBayar PDRM.