Polis Perak beri 50% diskaun saman trafik terpilih pada 10 Mei 2025 di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Perak menawarkan diskaun 50% bagi saman trafik terpilih pada 10 Mei 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, dari 9 pagi hingga 4 petang. Tawaran ini sempena Pameran Pencegahan Jenayah PDRM Perak 2025. Diskaun tidak terpakai untuk kesalahan seperti melanggar lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan, memotong secara berbahaya, kemalangan, saman tidak boleh kompaun (NC), kes mahkamah, kenderaan berat, ubah suai ekzos dan saman Op Selamat tahun semasa. Semak kelayakan melalui https://mybayar.rmp.gov.my atau aplikasi MyBayar PDRM.