1,056 permit sembelihan luar dilulus sempena Aidiladha di P. Pinang
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang telah meluluskan 1,056 Permit Sembelihan Luar (PSL) sempena Hari Raya Aidiladha. Permit yang dikeluarkan antara 21 Mei hingga 5 Jun ini meliputi lima daerah, dengan Seberang Perai Tengah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 375 permit. Dijangka 4,220 ekor haiwan ternakan akan dikorbankan, kebanyakannya lembu (3,363 ekor), diikuti kambing (777), kerbau (19), biri-biri (56) dan unta (5). Kelulusan ini adalah selaras dengan Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, yang membenarkan penyembelihan di luar rumah sembelih berlesen bagi tujuan keagamaan dan adat.