Bali bergelap,bekalan elektrik terputus
Pulau Bali mengalami gangguan bekalan elektrik yang meluas, menjejaskan ribuan rumah, premis perniagaan dan pusat peranginan. Gangguan bermula sekitar 4 petang waktu tempatan dan pihak berkuasa memberi amaran ia mungkin mengambil masa sehingga 36 jam untuk pulih sepenuhnya. Syarikat utiliti, PT.PLN, sedang menyiasat punca kejadian, yang disyaki berpunca daripada gangguan kabel dasar laut yang menghubungkan Bali ke tanah besar Indonesia. Walaupun 25% bekalan elektrik Bali datang melalui kabel ini, PLN sedang berusaha memulihkan bekalan menggunakan loji kuasa tempatan. Gabenor Bali melaporkan 50% bekalan elektrik telah dipulihkan.