TMIYC cungkil bakat anak muda Johor
Tunku Mahkota Ismail telah merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang kelima di Pasir Gudang, Johor. Idea TMIYC ini dicetuskan oleh baginda sejak tahun 2020, bertujuan menyediakan pusat belia moden di setiap daerah Johor. TMIYC dilengkapi pelbagai kemudahan seperti padang sukan, gelanggang ekstrem, hab e-sukan, pentas terbuka dan ruang niaga belia. TMIYC Pasir Gudang menawarkan fasiliti seperti pentas terbuka, gelanggang paddle, wall climbing, dewan utama, padang memanah, taman permainan kanak-kanak, kawasan trak makanan serta litar Go-Kart dan Moto CUB-PRIX bagi mencungkil bakat dan memupuk potensi belia.