Rugi lebih RM100,000, empat chalet hangus terbakar
Seorang pemilik chalet di Kampung Pulau Belongan, Bachok, mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas rumah dan empat chaletnya musnah terbakar. Kejadian sekitar jam 3 pagi itu disedari oleh seorang pekerja binaan. Pemiliknya, Abdullah Mohamed, 67, berjaya menyelamatkan diri dengan keretanya tetapi kehilangan wang simpanan RM15,000. Beliau mengesyaki kebakaran berpunca daripada litar pintas kerana pendawaian berusia lebih 30 tahun. Dua daripada enam chalet terselamat. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa 30 minit.