Motosikal banjir turun harga jadi rebutan ramai
Satu video tular menunjukkan penduduk di Medan, Indonesia berebut-rebut membeli ratusan motosikal Yamaha NMX yang rosak akibat banjir. Dijual pada harga antara RM3,900 hingga RM5,200, jauh lebih murah daripada harga pasaran RM12,500, motosikal tersebut kelihatan elok luarannya tetapi mungkin rosak enjin dan komponen dalaman. Walaupun berisiko, orang ramai beratur dari awal pagi untuk membelinya, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.