Honda Malaysia June 2025 promo – HR-V up to RM10k off, CR-V RM8k, City RM6k, Civic FL RM5k discount
Honda Malaysia menawarkan diskaun sehingga RM10,000 untuk pelbagai model sebagai sebahagian daripada promosi 'Level Up Deals' Jun 2025. Diskaun ini terpakai untuk semua model CKD, termasuk Civic yang baru dinaik taraf. Tawaran tersebut merangkumi potongan RM2,000-RM6,000 untuk City sedan, sehingga RM4,000 untuk City Hatchback, RM4,000 untuk WR-V, sehingga RM10,000 untuk HR-V, RM8,000 untuk CR-V, dan sehingga RM5,000 untuk Civic. Promosi ini sah untuk kenderaan yang didaftarkan sehingga 30 Jun 2025.