Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta sedia 300 lot niaga untuk usahawan
Anjung MalaysiaKu X Foodie Fiesta 2025, festival makanan dan gaya hidup terbesar yang pertama kali diadakan, akan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Hari Malaysia dan Hari Usahawan Negara (HUN) 2025. Festival anjuran Raydiates Blue Sdn. Bhd. dan Foodie Media (KL Foodie) ini akan berlangsung mulai 12 September di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia mengalu-alukan penyertaan vendor makanan, minuman, produk halal, fesyen, kraf dan gaya hidup, menawarkan platform mega untuk usahawan tempatan dan antarabangsa, termasuk dari Indonesia dan China. Festival ini bertujuan mempromosikan usahawan tempatan, budaya Malaysia, dan merapatkan jurang antara komuniti perniagaan dan orang ramai, dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan kerjasama Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia.