Keluarga mahu sertai jawatankuasa siasat kematian pelatih Palapes
Keluarga Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Palapes UTM yang meninggal dunia ketika latihan, mahu peguam mereka, Datuk Naran Singh, dimasukkan ke dalam jawatankuasa siasatan. Ibu mangsa, Ummu Haiman Bee Daulatgun, mahukan siasatan telus bagi merungkai punca kematian anaknya. Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, terdiri daripada wakil Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi. Walaupun polis mengesahkan tiada unsur jenayah, keluarga masih mengesyaki terdapat perlakuan jenayah berdasarkan kesan kecederaan pada jenazah.