Sultan Ibrahim attends investiture ceremony to present federal awards
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2025. Istiadat ini merupakan kali kedua sejak pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua. Seramai 116 penerima telah menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan sempena hari keputeraan rasmi baginda. Istiadat turut dimeriahkan dengan persembahan tabik hormat diraja, kawalan kehormatan dan lagu kebangsaan Negaraku.