Penceraian di Johor meningkat, rekod 7,306 kes tahun lalu
Johor mencatatkan kes perceraian tertinggi dalam tempoh enam tahun dengan 7,306 kes pada 2024, meningkat 132 kes berbanding 2023. Punca perceraian termasuklah ketidaksefahaman, masalah kewangan, pasangan tidak bertanggungjawab, dan gangguan pihak ketiga. Permohonan cerai meningkat kepada 4,264 kes, manakala pengesahan lafaz cerai meningkat kepada 2,462 kes. Permohonan fasakh menurun kepada 545 kes. Golongan umur 26-35 tahun mencatatkan perceraian tertinggi antara 2019 dan 2024 dengan 16,159 kes. MAINJ menyediakan bantuan kewangan kepada bekas isteri yang layak sementara menunggu proses penguatkuasaan nafkah.