Pasangan ‘sehidup semati’ meninggal dunia hari sama
Sepasang suami isteri di Brazil, Odileta dan Paschoal de Haro, yang telah berkahwin selama 74 tahun, meninggal dunia pada hari yang sama, dua hari selepas ulang tahun perkahwinan mereka. Odileta, 92, meninggal dunia pada waktu pagi, diikuti oleh Paschoal, 94, pada waktu petang. Mereka bertemu di Votuporanga dan dikurniakan enam orang anak. Paschoal telah berdoa agar meninggal dunia pada hari yang sama dengan isterinya selepas disahkan menghidap kanser usus kerana tidak dapat membayangkan hidup tanpanya.