Wanita hantar resume lamar lelaki idaman
Seorang wanita di Karawang, Jawa Barat, tular di media sosial kerana menghantar resume untuk berkenalan dengan bakal suaminya. Intan Permatasari, 29, berkongsi di TikTok bagaimana dia 'melamar' Azis Hakim, 30, melalui laman web taaruf.co.id. Selepas menghantar resume melalui emel, mereka meneruskan komunikasi dan akhirnya berkahwin pada 4 Disember 2022 dengan restu ibu bapa. Kisah mereka mendapat pujian netizen atas ketulusan mereka dalam mencari jodoh.