Malaysia-Russia perkukuh teknologi termasuk bidang AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Rusia, terutamanya dalam bidang teknologi, keselamatan makanan, tenaga, pertahanan dan kecerdasan buatan (AI). Dalam sidang akhbar bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, beliau menyatakan hubungan kedua-dua negara adalah baik dan terdapat banyak potensi pelaburan dan kerjasama. Perbincangan merangkumi pelbagai sektor termasuk pendidikan, keselamatan siber dan latihan aeroangkasa. Anwar turut menghargai sokongan Rusia dalam bidang sains, teknologi, inovasi dan pendidikan teknikal dan vokasional.