EPL: City, Chelsea dan Newcastle raih slot UCL
Impian Aston Villa untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah berkecai selepas tewas 0-2 kepada Manchester United. Penjaga gol Villa, Emi Martinez, dilayangkan kad merah, memaksa pasukan bermain dengan 10 orang. Manchester United memanfaatkan peluang tersebut dengan gol daripada Amad Diallo dan Christian Eriksen. Manchester City, Chelsea, dan Newcastle United pula berjaya merebut slot ke Liga Juara-Juara, masing-masing di tempat ketiga, keempat, dan kelima. City menewaskan Fulham 2-0, Chelsea menundukkan Nottingham Forest 1-0, manakala Newcastle tewas 0-1 kepada Everton tetapi kekal di tempat kelima berdasarkan perbezaan jaringan.