Satu hilang, dua selamat bot nelayan dilanggar vesel
Tiga nelayan tempatan terlibat dalam kemalangan apabila bot mereka dirempuh sebuah vesel pukat tunda berhampiran Pulau Klang. Seorang nelayan, Zamri Mohd. Harun, 56, hilang, manakala dua lagi, Suzamri Mohd. Sabri, 56, dan Yazid Harun, 52, terselamat. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang. Vesel tersebut dilaporkan melarikan diri selepas perlanggaran. Dua mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan.