Bekas teman wanita jalin hubungan dengan Son Heung-min dan lelaki lain
Rakaman audio mendedahkan wanita yang dituduh memeras ugut bintang bola sepak Korea Selatan, Son Heung-min, sebenarnya menjalin hubungan dengannya dan seorang lelaki lain. Wanita tersebut, Yang, berusia 20-an, tidak pasti siapa bapa kepada anaknya. Dia didakwa meminta ₩300 juta (RM930,000) daripada Son selepas mendakwa hamil dan memberikan gambar ultrabunyi. Seorang ahli perniagaan, Yong, yang mengaku sebagai tunangnya, menemui perjanjian tersebut dan cuba menjual maklumat kepada media.