Mayat pemandu trak pikap hanyut dijumpai tersangkut di celah kayu
Mayat pemandu trak pikap yang dihanyutkan arus deras di Sungai Suma, Kuala Betis telah ditemui selepas 62 jam. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, menyatakan mayat Chan Chong Cheng, 51, ditemui tersangkut di celahan kayu tumbang, enam kilometer dari lokasi kejadian. Mangsa bersama dua penumpang, seorang warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh, dalam perjalanan ke Pos Bihai untuk urusan kerja ketika kejadian berlaku.