Setia Mad About Homes 2025 tawar hadiah rumah RM500,000
S P Setia Bhd. melancarkan kempen 'Setia Mad About Homes 2025' yang menawarkan ganjaran menarik kepada pembeli rumah, termasuk peluang memenangi kediaman servis bernilai lebih RM500,000 di Temasya Glenmarie, Shah Alam. Berlangsung dari 9 Mei hingga 31 Ogos 2025, kempen ini menampilkan acara gaya hidup di 30 perbandaran Setia di seluruh negara, termasuk pelancaran baharu, rumah terbuka, dan lawatan unit pameran. Ganjaran termasuk pakej kelengkapan, subsidi yuran penyelenggaraan, ansuran faedah 0%, perlindungan yuran guaman, dan perlindungan yuran MOT. Kempen ini bertujuan mempamerkan pembangunan Setia yang direka teliti dan mampan.