3,800 jemaah haji Johor ‘terbang’ ke Mekah dengan 14 penerbangan
Seramai 3,800 jemaah haji dari Johor, termasuk 500 yang ditaja kerajaan negeri, telah berlepas ke Mekah menerusi 14 penerbangan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid, berkata usaha sedang giat dijalankan untuk mendapatkan kuota tambahan bagi musim haji akan datang. Kuota semasa kekal sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, turut hadir mengucapkan selamat jalan kepada jemaah dan memohon doa untuk kesejahteraan dan kemakmuran negeri Johor.