Kelindan lori maut tersepit
Seorang kelindan lori maut di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian penumpang dalam kemalangan di Kilometer 116, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kepala Batas. Mangsa, Saipol Nizam Aman @ Ahmad, 41, meninggal dunia akibat kecederaan parah. Pemandu lori, Nor Azmi Mohd. Yasa, 31, berada dalam keadaan stabil. Bomba menerima panggilan pada 5.42 pagi dan berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas. Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian mangsa di lokasi.