Malaysia bawa wawasan menyatukan ASEAN – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, mempunyai wawasan untuk menyatukan rantau ini dan meletakkan ASEAN sebagai pemacu perubahan global berdasarkan nilai dan kekuatan serantau. Beliau berbangga memimpin Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita, yang menandakan komitmen rantau ini untuk membina ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat. Deklarasi ini menggariskan empat tonggak utama: politik-keselamatan, ekonomi, sosio-budaya dan keterhubungan, dengan menekankan pertumbuhan saksama, keterangkuman dan kesiapsiagaan menghadapi cabaran masa depan seperti perubahan iklim, kemajuan teknologi dan tekanan geopolitik.