Di manakah Nor Adriana?
Seorang remaja perempuan, Nor Adriana Syazwani Nor Azlan, 18 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Puncak Alam, Selangor. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor, mengesahkan laporan dibuat pada jam 11.13 malam di Balai Polis Saujana Utama. Nor Adriana berbangsa Melayu, tinggi lebih kurang 155cm, berat sekitar 45kg, dan terakhir dilihat memakai baju-T berlogo Hari-Hari dan seluar jeans. Lokasi terakhirnya di No. 12, Jalan Alam Suria 16/45. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau Ketua Polis Balai Saujana Utama, Sarjan Mejar Fuzi Kamazan di talian 012-3818167.