Pendaki India, Filipina maut di Gunung Everest
Dua pendaki, seorang dari India dan seorang dari Filipina, menjadi mangsa pertama korban di Gunung Everest bagi musim pendakian 2025. Pendaki India, Subrata Ghosh, 45, meninggal dunia di bawah Tangga Hillary ketika turun selepas berjaya sampai ke puncak. Beliau dilaporkan mengalami keletihan dan penyakit ketinggian. Pendaki Filipina, Philipp II Santiago, 45, pula meninggal dunia di South Col selepas mengalami keletihan di Kem IV. Usaha sedang dijalankan untuk membawa turun mayatnya.