Amaran laut bergelora, ombak setinggi 4.5 meter hingga petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga 2 petang ini di perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi. Kelajuan angin dijangka mencecah 50-60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5 meter, membahayakan bot kecil dan aktiviti laut. Amaran kategori ketiga dikeluarkan untuk perairan utara Phuket dengan angin melebihi 60 kmsj dan ombak melebihi 4.5 meter, berbahaya untuk semua aktiviti perkapalan dan pelantar minyak.