Terbuai layan alunan galau Nadin Amizah
Penyanyi Indonesia, Nadin Amizah, memukau hampir 2,000 peminat di showcase "Malam Mendengar" di Zepp KL. Membawakan 15 lagu, Nadin, 25, memikat penonton dengan vokal merdunya. Beliau teruja kembali ke Zepp KL selepas menghadiri konsert Aurora beberapa bulan lalu. Nadin membawa 40 pemuzik orkestra dari Indonesia, persembahan kedua seumpamanya. Persembahan 90 minit itu menyaksikan peminat menari, menyanyi bersama, dan ada yang menitiskan air mata.