Pelan Induk Komuniti Politik-Keselamatan (APSC 2045) akan menjadi penanda aras penting bagi kerjasama dalam bidang politik-keselamatan untuk dua dekad akan datang, berlandaskan nilai keamanan, ketahanan dan pembangunan berpaksikan rakyat. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad berkata, badan sektoral ASEAN di bawah tonggak APSC perlu memanfaatkan bidang kerjasama dan inisiatif yang digariskan untuk memperkukuh keupayaan.