Memorandum terperinci cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape dijangka dibentangkan kepada jemaah menteri selewat-lewatnya hujung tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata laporan awal telah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet dan jawatankuasa pakar sedang menyiapkan laporan penuh untuk pertimbangan kerajaan.