Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh ditahan di Tumpat kerana cuba merasuah pegawai polis untuk mengelak daripada ditahan. Pasport suspek telah tamat tempoh dan dia telah tinggal lebih masa di negara ini. Seorang warga Myanmar, rakan suspek, turut ditahan bagi membantu siasatan.