Seorang anggota bomba sukarela, Zaki Ahmad, 52, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Muar atas tiga pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, anak rakannya, empat tahun lalu di Segamat. Hakim Sayani Mohd Nor membuat keputusan tersebut setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Tertuduh didakwa mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Kejadian didakwa berlaku di rumah tertuduh antara 11 hingga 15 Julai 2021. Mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada rakannya, yang kemudian memaklumkan kepada bapa angkat mangsa. Laporan polis dibuat dan tertuduh ditahan pada 16 Januari 2021.