Taska diarah henti operasi berhubung kematian bayi 7 bulan
Sebuah taska di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur, telah diarah tutup serta-merta susulan kematian bayi berusia tujuh bulan. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan, berkata penutupan tersebut akan berkuat kuasa sehingga siasatan selesai. Bayi tersebut, Muammar Aidil, dilaporkan tidak sedarkan diri kurang sejam selepas dihantar dan kemudiannya disahkan meninggal dunia. Ibu bapa bayi tersebut, yang merupakan peguam, melaporkan anak mereka sihat dan ceria pada pagi kejadian. Si ibu sebelum ini pernah memaklumkan kepada pihak taska agar tidak membedung bayi tersebut ketika tidur.