Lelaki ‘berdiri’ tekan pedal minyak langgar penyokong Liverpool
Kira-kira 50 orang, termasuk empat kanak-kanak, cedera apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan penyokong Liverpool FC yang sedang meraikan kemenangan pasukan. Seorang lelaki Britain berusia 53 tahun ditahan di tempat kejadian. 27 orang dikejarkan ke hospital, dua daripadanya cedera parah, manakala 20 lagi dirawat di tempat kejadian. Polis Merseyside menyatakan kejadian itu bukan diklasifikasikan sebagai keganasan. Kereta tersebut merempuh orang ramai di Water Street, menyebabkan empat orang, termasuk seorang kanak-kanak, tersepit di bawahnya. Video menunjukkan kereta itu memecut sebelum membelok ke arah orang ramai. Pemandu ditahan selepas kereta tersebut berhenti.