ecoBrown’s perkenal Brice Truffle
ecoBrown's, jenama beras premium di bawah Serba Wangi Sdn. Bhd., telah melancarkan perisa Truffle terbaru untuk snek beras Brice. Brice, snek sihat yang diperbuat daripada campuran beras perang, merah, dan hitam, sebelum ini diperkenalkan pada Ogos 2024 dengan perisa Spicy Cheese dan Seaweed. Pelancaran perisa Truffle yang berlangsung di Sunway Pyramid dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan K-Pop, Treasure. Ketua Pemasaran SW Food, Vynce Lim, menekankan kebaikan nutrisi Brice yang tinggi serat dan vitamin, serta dihasilkan melalui proses 'dibakar, bukan digoreng'. Acara tersebut turut menampilkan sesi bertemu peminat bersama Treasure untuk 100 peminat bertuah.