Peserta luar negara meriahkan Musim Candat Sotong Terengganu
Seramai 210 peserta, termasuk 50 peserta antarabangsa dari Thailand, Bangladesh, Chile dan Perancis, memeriahkan Majlis Pelancaran Musim Candat Sotong Terengganu. Program Candat Sotong Terengganu 2025 yang diadakan sempena majlis tersebut berjaya menarik penyertaan luar negara, sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris.