Terbuka Taiwan: Tang Jie-Wen Tse galas cabaran ke separuh akhir
Beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, merupakan satu-satunya wakil negara yang mara ke separuh akhir Terbuka Taiwan selepas menewaskan beregu Indonesia, Bobby Setiabudi-Melati Daeva Oktavianti 22-20, 21-10 di suku akhir. Meskipun baru digandingkan, mereka mempamerkan persefahaman yang baik. Mereka akan berdepan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu di separuh akhir. Wakil Malaysia yang lain, Justin Hoh, K. Letshanaa, dan Loo Bing Kun-Toh Ee Wei, tersingkir di suku akhir.