Ringgit Malaysia kekal stabil berbanding mata wang rakan dagangan utama pada suku pertama 2025, menunjukkan keyakinan pasaran terhadap asas ekonomi negara yang kukuh dan pengurusan dasar monetari yang berhemat. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, menyatakan kadar pertukaran efektif nominal (NEER) meningkat sedikit berbanding mata wang rakan dagangan utama.