Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital selepas matanya tercucuk pensel di Kampung Bantal, Ulu Tembeling. Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika ibunya, Wan Siti Fatimah Wan Abdullah Hashim, 26, sedang memasak. Ahmad Faqeeh Rizky Ahmad Rizzuaza sedang bermain dengan sepupunya di ruang tamu ketika kejadian. Ibunya telah memberikannya pensel dan buku mewarna sebelum ke dapur.
Artikel ini telah diproses untuk sokongan pelbagai bahasa.