Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Cheras Baru, Ampang Jaya, ditemui meninggal dunia pagi ini, enam kilometer dari lokasi kejadian. Mayatnya ditemui di Sungai Kerayong, Taman Cheras Indah, kira-kira jam 11.20 pagi. Mangsa dihanyutkan arus deras petang semalam. Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun turut terjatuh tetapi berjaya diselamatkan. Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan 15 anggota bomba ditangguhkan semalaman akibat cuaca buruk.
Artikel ini telah diproses untuk sokongan pelbagai bahasa.